Kelajuan Menaip

Drum

Sabtu, 10 Oktober 2009

Sherlock Holmes

Sherlock Holmes adalah suatu watak penyiasat fiksyen pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20 yang terbitan pemunculannya yang pertama berlaku pada tahun 1887. Dia telah dicipta oleh pengarang dan doktor terkenal berbangsa Scotland Sir Arthur Conan Doyle. Holmes terkenal dengan kebolehannya menggunakan logik dan pemerhatian pintar untuk menyelesaikan kes. Dia mungkin merupakan penyasat fiksional paling terkenal, dan sememangnya merupakan antara watak sastera yang paling dikenali secara universal.
Conan Doyle telah menulis empat novel dan limapuluh enam cerita pendek mengenai beliau. Hampir kesemuanya telah diceritakan oleh rakan dan penyusun biografi Homles, Doktor John H. Watson dengan pengecualian dua yang dicerita oleh Holmes sendiri dan dua lagi oleh seorang ketiga. Cerita-cerita ini mula muncul dalam majalah bersiri The Strand dan berlarutan sehingga 40 tahun. Bentuk terbitan ini merupakan kebiasaan di England pada masa itu: Karya-karya Charles Dickens diterbitkan melalui cara yang sama. Cerita-cerita ini merangkumi garisan masa dari tahun 1878 sehingga 1903 dengan satu kes terakhir pada tahun 1914.
Lebih ramai pelakon melakoni watak Sherlock Holmes daripada mana-mana watak fiksional lain dan menjelang 1964, mengikut suatu laporan akhbar The Times, larisan cerita-cerita Sherlock Holmes hanya diatasi kitab Bible.Gambaran keseluruhan
Sherlock Holmes menggelarkan dirinya sebagai "penyiasat rundingan", satu pakar yang dibawa campur tangan dalam kes-kes yang terbukti terlalu sukar untuk penyiasat (biasanya berstatus rasmi) yang lain; kami diberitahu bahawa selalunya dia boleh menyelesaikan suatu masalah tampa meninggalkan rumah sekalipun. Secara semulajadinya aspek ini diminimakan dalam cerita-cerita sendiri, yang lebih berfokuskan kepada kes-kes lebih menarik yang memerlukannya melakukan kerja penyelidikan. Dia mengkhusus kepada penyelesaikan kes-kes aneh dan tidak biasa menggunakan kuasa luar biasanya dalam pemerhatian dan pemikiran logikal, serta sering menunjukkan kebolehan-kebolehan ini kepada pelanggan baru dengan membuat kesimpulan-kesimpulan langsung mengenai personaliti-personaliti dan aktivi terbaru mereka. Strategi pemasaran mudah ini sangat jarang tidak menimbulkan kesan dan membina keyakinan dalam perkhidmatannya (lihat dibawah).
Sir Arthur Conan Doyle menkreditkan konsepsi Holmes pada gurunya di fakulti perubatan Universiti Edinburgh, iaitu pembedah dan detektif forensik terkenal, Joseph Bell. (Sains forensik merupakan bidang yang masih baru pada ketika itu.) Tetapi beberapa tahun kemudian Bell menulis kepada Conan Doyle, "Anda sendirilah Sherlock Holmes dan anda sendiri mengetahuinya" (Baring-Gould, ms. 8). Holmes dinamakan sempena Oliver Wendell Holmes yang dikagumi Conan Doyle, dan seorang pemain kriket Inggeris bernama Sherlock — tetapi sesetengah nota awalnya memberikan namanya sebagai Sherrinford Holmes.
[sunting] Profil
Secara sejarahnya, Holmes tinggal dari tahun 1881 di 221B Baker Street, London, suatu apartmen di tingkat atas (dalam nota-nota awal ia diterangkan sebagai berlokasi di Atasan Baker Street), dimana dia menghabiskan banyak tahun-tahun profesionalnya dengan kawan baiknya, Doktor Watson, dimana dia berkongsi bilik bersamanya buat beberapa tahun sebelum perkahwinan Watson pada tahun 1890. Kediamannya dikekalkan oleh tuan rumahnya, Mrs Hudson.
Dalam kebanyakan ceritanya, Holmes ditemani oleh Watson yang bersifat praktikal, yang bukan sahaja merupakan rakan tetapi perekodnya ("Boswellnya"). Kebanyakan cerita ditulis dalam gaya penceritaan, oleh Watson, mengenai penyelesaian penyiasat Holmes kepada jenayah-jenayah benar. Dalam sesetengah cerita-cerita kemudian, Holmes mengkritik Watson mengenai gaya penulisannya, biasanya disebabkan dia menceritakan mereka sebagai cerita-cerita menarik dan bukannya sebagai laporan objektif dan terperinci berfokuskan apa yang difikirkan Holmes sebagai "sains" tulen penyiasatan.
Holmes juga mempunyai seorang abang, Mycroft Holmes, yang muncul dalam tiga cerita: "The Greek Interpreter", "The Final Problem", dan "The Bruce-Partington Plans". Dia juga disebutkan dalam sesetengah cerita lain, termasuk "The Empty House".
Dalam tiga cerita, termasuk The Sign of Four dia dibantu oleh sekumpulan kanak-kanak jalanan yang dipanggilnya the Baker Street Irregulars.Latar belakang

Sherlock Holmes (kanan) dan Doktor Watson, oleh Sidney Paget.
Dalam cerita yang pertama, A Study in Scarlet, sedikit latar belakang Holmes diberi. Pada tarikh 4 Mac 1881, dia diperkenalkan sebagai seorang pelajar bebas kimia dengan pelbagai minat lebihan yang aneh, yang hampir kesemuanya menjadi suatu keperluan untuk menjadikan dia unggul dalam penyelesaian jenayah. Dalam suatu cerita awal lain, "The Adventure of the Gloria Scott", lebih latar belakang tentang apa yang menyebabkan Holmes menjadi penyiasat dipersembahkan: seorang ayah rakan di kolej memuji tinggi kebolehan penyelesaian masalahnya.
Dalam "The Adventure of the Greek Interpreter", Holmes berkata bahawa neneknya merupakan kakak atau adik kepada pelukis berbangsa Perancis 'Vernet' (kemungkinan merupakan Horace Vernet).
Dalam A Study in Scarlet, Doktor Watson mengemukakan suatu analisa kebolehan-kebolehan Holmes:
Sherlock Holmes—penghadannya,
Pengetahuan Sastera.—Tiada langsung.
Pengetahuan Falsafah.—Tiada langsung.
Pengetahuan Astronomi.—Tiada langsung.
Pengetahuan Politik.—Terlalu sedikit.
Pengetahuan Botani.—Bervariasi. Cukup dalam belladonna, opium dan bahan racun secara amnya. Tidak mengetahui apa-apa tentang pekebunan praktikal.
Pengetahuan Geologi.—Praktikal, tapi terhad. Melihat dengan satu kali perbezaan antara jenis-jenis tanah. Ada kalanya selepas berjalan kaki, dia menunjukkan aku percikan yang mengena seluarnya dan seterusnya memberitahu melalui warna dan konsistennya bahagian mana bandar London yang dia menerimanya.
Pengetahuan Kimia.—Amat tinggi.
Pengetahuan Anatomi.—Tepat, tetapi tidak bersistematik.
Pengetahuan Sastera Sensasi.—Banyak sekali. Seolah-olah mengetahui secara terperinci kesemua jenayah ganas yang dilakukan dalam abad ini.
Mempunyai kebolehan bermain violin dengan baik.
Pakar pemain singlestick, boxing, dan pemain pedang.
Mempunyai pengetahuan praktikal undang-undang British.
Cerita-cerita kemudian memperjelaskan bahawa sebenarnya, senarai diatas sebenarnya tidak tepat, dan Holmes yang baru berjumpa dengan Watson pada masa senarainya dihurai hanya bergurau dengannya sahaja. Dua bukti ketara menebalikkan apa yang tersenarai, iaitu pertamanya, walaupun Holmes dikatakan tidak mengetahui tentang politik, dalam cerita "A Scandal in Bohemia" dia terus dapat mengenalpasti identiti sebenar Count von Kramm. Mengenai sastera sensasi pula, percakapannya berisi penuh dengan rujukan kepada Bible, Shakespeare dan juga Goethe. Pengetahuannya yang bersifat begini juga tidak konsisten dengan tingkah lakunya memarahi Watson kerana memberitahunya mengenai Bumi yang mengelilingi Matahari dan bukan sebaliknya, kerana dirinya berkata bahawa dia "mahu mengelakkan daripada otaknya dipenuhi dengan maklumat yang tidak relevan kepada kerjaya penyiasatannya".
Holmes juga merupakan seorang pembaca tulisan rahsia yang terkenal. Dia berkata kepada Watson, "Saya mengenali kesemua jenis tulisan rahsia, dan saya sendiri adalah pengarang satu buku ekstensif menengai subjek ini, dimana saya menganalisa satu ratus enam puluh cipher.". Satu kes dimana kebolehan ini diperguna adalah dalam "The Adventure of the Dancing Men" yang menggunakan tulisan lidi, sebagai contoh:

Dalam "The Adventure of the Empty House", Holmes menyatakan bahawa dia mempunyai "sedikit sebanyak pengetahuan" mengenai baritsu, iaitu "sistem gusti Jepun", yang digunakan untuk melepaskan diri daripada cengkaman maut musuh ketatnya, Profesor Moriarty yang, walaupun mempunyai reputasi yang hebat, hanya muncul dalam dua daripada cerita mengenai Holmes.
Juga, dalam A Study in Scarlet, Conan Doyle memperlihatkan suatu perbandingan antara watak ciptaannya dan dua lagi penyiasat fiksional lain yang telah berdiri lebih awal: Auguste Dupin oleh Edgar Allan Poe dan Monsieur Lecoq oleh Emile Gaboriau. Yang pertamanya telah muncul pada tahun 1841 dalam cerita The Murders in the Rue Morgue, dan yang keduanya pula muncul dalam L'Affaire Lerouge (Perihal Lerouge) pada tahun 1866. Perbincangan pendek mengenai kedua-dua watak cerita penyiasatan lain ini bermula antara Watson dan Holmes dengan suatu komen oleh Watson:
"Anda mengingatkan saya mengenai karya Dupin oleh Edgar Allan Poe. Saya tidak sama sekali menyangka watak sedemikian boleh wujud di luar cerita-cerita rekaan."
Sherlock Holmes berdiri dan menyalakan pipenya. "Tidak disangkal bahawa anda menanggap bahawa diri anda sedang memuji saya dengan membuat perbandingan antara saya dan Dupin," dia memerhati. "Sekarang, dalam pendapat saya, Dupin merupakan seorang yang rendah standardnya. Helahnya memecah kesenyapan dengan satu kenyataan tepat selepas satuperempat jam amat menunjuk-nunjuk dan superfisial. Dia punyai sedikit kebolehan analisa, itu tidak dipertikai; akan tetapi dia tidaklah fenomena yang dibayangkan Poe."
"Telahkah kamu baca karya Gaboriau?" Aku menanya."Adakah Lecoq boleh dianggap seorang penyiasat yang berkebolehan mengikut jangkaan kamu?"
Mata Sherlock Holmes menjeling tajam. "Lecoq tidak berguna langsung," katanya, dalam nada marah; "kecuali satu kelebihan, iaitu tenaganya. Buku itu menyakitkan mata membacanya. Persoalannya merupakan bagaimana untuk mengenalpasti seorang banduan yang tidak dikenali. Saya tentunya boleh menyelesaikan masalah itu dalam masa duapuluhempat jam sahaja, manakala Lecoq pula mengambil masa enam bulan. Ia lebih sesuai dijadikan buku teks untuk mengajar para penyiasat apa yang perlu dielak."
Holmes yakin bahawa dia lebih hebat berbanding mereka berdua, manakala Watson menyatakan rasa kagumnya terhadap mereka. Ia telah dicadangkan bahawa ini adalah satu cara Conan Doyle tabik kepada watak karya-karya yang telah mempengaruhinya, dengan pada masa yang sama berkeras dengan pendirian bahawa wataknya merupakan pembaikian keatas mereka. (Ia telah diperhati bahawa "pada masa dia mungkin menjadi lebih merendah diri, tiada polis seperti Holmes.")
Musuh ketat Holmes merupakan Profesor James Moriarty ("Napoleon Jenayah"), yang terhumban semasa bergelut dengan Holmes, di Reichenbach Falls. Conan Doyle pada mulanya mahu cerita "The Final Problem", iaitu cerita dimana peristiwa ini berlaku, menjadi cerita terakhirnya mengenai Holmes. Tetapi, hantaran surat beramai-ramai oleh peminatnya meyakinkannya untuk terus menyambung siri. Dalam "The Adventure of the Empty House" menampakkan bahawa Conan Doyle menerangkan bahawa hanya Moriarty terhumban dalam lembah berkenaan, tetapi Holmes telah membenarkan dunia menanggap dirinya telah meninggal sememtara dia mengelakkan balasan yang mungkin diterimanya akibat perihal Moriarty. Juga telah dirujuk dalam pelbagai sumber termasuk Baring-Gould bahawa Moriarty merupakan guru bimbingan Matematik Holmes pada mulanya.
Holmes menunjukkan dirinya sebagai seorang penyamar handal:
Pelayar (The Sign of Four)
Pengantin dan paderi ("A Scandal in Bohemia")
Penagih dadah opium ("The Man with the Twisted Lip")
Penganggur kebanyakan ("The Adventure of the Beryl Coronet")
Seorang paderi berbangsa Itali tua ("The Adventure of the Final Problem")
Penjual buku ("The Adventure of the Empty House")
Tukang paip ("The Adventure of Charles Augustus Milverton")
Seorang yang hampir menemui ajal ("The Adventure of the Dying Detective")
Peminta sedekah (The Hound of the Baskervilles)
Walaupun Holmes menanggap dirinya sebagai seorang otak yang tidak terikat dengan emosi-emosi badan, terdapat masanya dia sendiri boleh beremosi dalam perihal menegakkan apa yang betul, seperti dalam suatu situasi dimana dia menunjukkan rasa tidak puas hatinya dengan layanan buruk seorang ahli perbankan berlaku terhadap anaknya dalam kes "The Adventure of the Beryl Coronet".
Holmes boleh dilihat pada masa itu sebagai perintis sains forensik moden:
Penggunaan surat yang ditulis dengan mesin taip untuk mendedahkan penipuan ("A Case of Identity")
Pengetahuan peristiwa pembunuhan daripada dua belah tinggalan mayat manusia ("The Adventure of the Cardboard Box")
Pemerhatian sisa-sisa serbuk ubat bedil pada mangsa ("The Adventure of the Reigate Squire")
Pemerhatian penggunaan peluru daripada senjata pembunuhan dua tapak jenayah ("The Adventure of the Empty House")
Penggunaan cap jari untuk membebaskan seorang yang tidak bersalah ("The Adventure of the Norwood Builder")
Selain daripada bayaran, Holmes juga mendapat "cenderamata" daripada kes-kes yang dikendalikannya:
Sovereign (sebentuk koin yang pernah digunakan sebagai mata wang di England pada masa lampau) emas daripada Irene Adler pada rantai jamnya ("A Scandal in Bohemia")
Kotak pemadam emas lama dengan kecubung daripada Raja Bohemia. ("A Case of Identity")
Sebuah cincin daripada keluarga pemerintah Belanda ("A Case of Identity")
Kertas yang diprenyakkan; satu kunci; suatu peg kayu dengan tali dan tiga koin lama ("The Adventure of the Musgrave Ritual")
Pin tali leher zamrud dari Ratu England. ("The Adventure of the Bruce-Partington Plans")
Holmes, Watson dan senjata api: Walaupun ada kalanya Holmes dan Watson membawa pistol bersama mereka, hanya terdapat tiga kali mereka digunakan:
Kedua-duanya menembak penghuni pulau Andaman dalam The Sign of Four.
Kedua-duanya menembak anjing mastif dalam The Hound of the Baskervilles
Watson menenbak anjing mastif dalam "The Adventure of the Copper Beeches".
Selain senapang, Holmes juga menggunakan cambuk kuda sebagai senjata:
Untuk mengeluarkan pistol daripada genggaman tangan John Clay dalam "The Red-Headed Leaque".
Untuk mengawal ular yang ganas dalam "The Adventure of the Speckled Band".

LAGU..


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com